Home » » Sebab Kenapa Harga Emas Jatuh

Sebab Kenapa Harga Emas Jatuh

Written By Amirul Yaacob on Monday, 4 August 2014 | 02:04


Kejatuhan harga emas ini seringkali menjadi titik pertanyaan bagi sang pelabur-pelabur emas. Anda sebagai pelabur emas baru mestilah faham tentang bagaimana harga ditentukan.

Harga emas akan berubah 2 kali sehari iaitu pagi dan petang, setiap hari. Ini juga mempengaruhi beberapa sebab dan kesan-kesannya, yakni kesan dari permintaan dan bekalan emas. Harga emas sebenarnya ditetapkan oleh Penetapan Emas (Gold Fixing). Juga dikenali sebagai Penetapan Emas London, ia adalah satu mesyuarat lima anggota Pool Gold London dijalankan dua kali sehari melalui telefon, pada 10:30 GMT dan 15:00 GMT.

Penetapan Emas secara meluas diiktiraf sebagai penanda aras yang digunakan untuk emas harga dan produk emas di seluruh dunia. Kesan daripada negara Cyprus menjual emas boleh menjadi pemangkin besar dalam permainan ini. Mereka telah menjual berbilion-bilion dolar dalam emas. Ini baru sahaja menjadi berita baru-baru dari bank pusat di Cyprus, untuk menampung kerugian mereka. Kesannya mungkin telah menyebabkan emas jatuh sekarang. Inilah sebabnya anda wajib membaca berita!

Banyak lagi faktor yang akan kami rungkaikan dalam artikel kali ini. Ramai penganalisis dan amatur sedang mengeluarkan pelbagai teori mereka tentang apa yang menyebabkan kejatuhan harga ini.

Berikut adalah antara potensi bagi harga emas menurun:

Permintaan dan pembekalan.

Contoh ‘bekalan dan permintaan emas’ ini secara asasnya:

Penawaran > Permintaan = Harga Emas jatuh
Penawaran < Permintaan = Harga Emas naik

Selain itu, harga emas adalah berlawanan dengan keadaan nilai matawang dolar Amerika. Apabila dolar meningkat, harga emas jatuh dan begitulah sebaliknya.

Berikut di bawah, kami akan dedahkan mengapa penawaran dan permintaan ini boleh menjadi faktor penurunan harga emas.

1. Kaitan dengan dolar
Pertama ialah keadaan ekonomi dunia yang berlaku sekarang ini. Sekarang para pelabur dagangan matawang asing sudah beralih arah daripada Euro kepada dolar Amerika, ingat, bila saja dolar Amerika laku dan meningkat, harga emas akan jatuh. Kedua ialah spekulasi dan monopoli, lihat sahaja berita yang menyatakan harga emas akan jatuh, pelabur-pelabur emas ini akan menjadi panik dan terus menjual kesemua koleksi emas mereka sebelum menunggu lagi lama untuk harganya meningkat semula. Selepas itu, akan terjadilah saat di mana lambakan emas di pasaran dan seterusnya penawaran akan melebihi permintaan. Dari itu, harga emas akan jatuh. Acara-acara yang berlangsung di dunia juga faktor penawaran meningkat. Acara ialah seperti Sukan Olimpik, EURO dan FIFA. Apabila sesebuah negara itu menganjurkan sesebuah acara sukan, mereka perlu membuat pelbagai jenis perbelanjaan untuk menjayakannya. Negara tersebut akan memilih untuk menjual unit rizab emasnya untuk menampung perbelanjaan tersebut, maka terjadilah penawaran melebihi permintaan. Terdapat banyak lagi potensi bagi harga emas menurun dan penawaran meningkat tetapi itu semua anda sendiri boleh fikirkan dengan ‘common sense’ atau logik akal.

2. Keadaan ekonomi global
Kira-kira 80 peratus daripada jumlah bekalan emas telah digunakan oleh industri barang kemas. Penggunaan barang kemas adalah pengaruh yang besar ke atas permintaan terhadap emas itu juga. Kerana keadaan ekonomi yang bertambah baik, keperluan untuk emas cenderung untuk meningkat. Walau bagaimanapun, industri yang paling sensitif yang akan mempengaruhi secara mendalam adalah industri barang kemas. Kemelesetan telah mempengaruhi permintaan barang kemas pada tahun 1982-1983, kerana pada masa yang sama, harga emas juga meningkat. Dalam kemelesetan awal 90, tahap permintaan barang kemas telah jatuh juga, tetapi pada masa ini harga emas juga jatuh serentak. Seperti dinyatakan di atas, keadaan ekonomi boleh membawa kepada inflasi yang tinggi. Jadi, manfaat menggunakan emas sebagai alat perlindungan nilai terhadap inflasi telah dirasai oleh pelabur untuk masa yang lama. Dengan emas, pelabur mendapat perlindungan yang sempurna terhadap penurunan dalam kuasa beli.

3. Penjualan emas di Cyprus
Pada 11 April yang lalu, telah dilaporkan bank pusat di negara Cyprus akhirnya menjual simpanan emasnya hanya semata-mata untuk mengurangkan hutang negara itu. Banyak sumber yang mengatakan ini adalah penyebab utama kejatuhan harga emas sekarang, mereka telah menjual sebanyak 13.9 tan rizab emas. Tetapi pada Februari 2013 yang lalu, nilai rizab (simpanan) berjumlah hanya kira-kira 550 juta Euro. Ada juga sumber -sumber lain yang menyatakan kejadian di Cyprus adalah telah dirancang dan pasaran masa hadapan dimanipulasi. Penjelasan selain dari yang ini adalah penjualan emas yang dibuat oleh pelabur yang lain juga merupakan rantaian reaksi sesama para pelabur emas itu sendiri, pelabur yang sedang kerisauan, dan mula menjual emas-emas mereka. Bukan sahaja di Cyprus, negara-negara yang lain juga seperti Amerika dan negara di sekitar Eropah telah mula menjual emas kerana mampu membaik pulih ramalan ekonomi di negara itu sendiri.

4. Pengumuman FED dan kejatuhan harga aset
Rizab Persekutuan AS umum pengurangan rangsangan secara beransur yang menandakan berakhirnya kitaran pengembangan kuantitatif.

5. Tindakan para pelabur emas
Segala aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh pelabur emas juga boleh mempengaruhi penurunan harga emas. Para pelabur jangka pendek yang giat aktif dan cepat panik bertindak menjual emas mereka selepas mengetahui Goldman Sachs menurunkan paras harga ramalan prestasi purata harga emas bagi tahun 2013 baru-baru ini. Ada juga para pelabur yang melabur dalam saham emas bertindak menjual pegangan ekuiti dalam pelaburan dan membeli pula bon sebagai pengganti untuk menyelamatkan nilai matawang semasa dari terus jatuh merudum.

Jadi sekianlah sudah pendedahan dari kami tentang soalan cepumas ini. Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor yang berpotensi menjatuhkan harga emas ini, tetapi seperti yang kami katakan tadi, ‘logik akal’ memainkan peranan kuat dalam penentuan harga ini. Kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam perjalanan pelaburan emas anda.


Sumber artikel dari JutawanGold.com
Share this article :

0 comments:

Post a Comment



 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Rezeki Emas Murah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modified by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger